Indonesia catat 723 kes baharu

JAKARTA 28 Okt. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia hari ini meningkat sedikit kepada 723 berbanding 719 semalam dan 611 pada 26 Oktober. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,242,532 dengan kes aktif pula 12,440 Kes sembuh pula sebanyak 984 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,086,759 orang pulih manakala 34 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian 143,333 otrang. Lima wilayah yang merekodkan pertambahan kes adalah Jakarta 131 dan jumlah kumulatifnya 861,235, diikuti Jawa Barat 111 ( 705.430 ), Jawa Tengah 88 (484.918 ),…

Read More

Varian Delta di semua negeri

PUTRAJAYA 28 Okt. –  Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 261 kes Covid-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya,  varian yang dikesan itu ialah 259 kes dijangkiti varian Delta (B.1.617.2) dan dua lagi adalah varian Beta (B.1.351). Varian berkenaan berjaya dikesan hasil kajian secara berterusan dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Genom Malaysia (MGI). Selain itu, ia turut dibantu Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre Universiti Malaya (TIDREC-UM) dan Fakuliti Perubatan Universiti Malaya…

Read More

Malaysia catat 6,377 kes baharu

PUTRAJAYA 28 Okt. – Kes Covid-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 6,377 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 6,148 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara ini adalah sebanyak 2,454,749 kes. Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 98 kes termasuk 32 kes Brought In Dead (BID). Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 564 pesakit dan daripada jumlah itu, 294 kes memerlukan bantuan pernafasan. Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 6,637 kes sekaligus angka kumulatif…

Read More

Hanya sekali peluang ke Raudhah

MADINAH: Dalam tempoh 30 hari, hanya sekali peluang untuk jemaah umrah melawat Raudhah bagi tujuan bersolat atau menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Ini berikutan keputusan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaksanakan semula syarat menunggu 30 hari (selepas slot pertama) sebelum boleh mendapatkan semula peluang untuk melawat Raudhah. Menurut media sosial Haramain Sharafin semalam (27 Okt), peraturan tidak membenarkan tempahan lebih daripada satu slot untuk ke makam nabi itu, adalah berikutan lonjakan permintaan. Jemaah tidak boleh menempah permit slot ziarah ke Raudah jika sudah berbuat demikian menerusi…

Read More

Lengkapkan vaksinasi sebelum 1 Nov.

PUTRAJAYA 28 Okt. – Semua penjawat awam diingatkan supaya melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing sebelum 1 November ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Beliau berkata, ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil berbanding majoriti yang telah melengkapkan vaksinasi mereka. Bagaimanapun katanya, keengganan kelompok kecil itu tetap memberi implikasi terhadap program vaksinasi kerajaan dan menggambarkan imej negatif penjawat awam secara keseluruhan, selain menjejaskan penyampaian perkhidmatan. “Penjawat awam seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dalam menyokong usaha kerajaan dan memberi keyakinan kepada…

Read More

Kes harian di Thailand meningkat

BANGKOK 28 Okt. – Angka jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan hari ini apabila merekodkan 9,658 kes dan 84 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,884,973 kes dan 19,006 meninggal dunia. Semalam, Thailand merekodkan 8,452 kes dan 57 kematian dan pada hari sebelumnya 7,786 kes dan 66 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 9,440 kes dalam kalangan penduduk awam termasuk 11 kes import serta 218 kes lagi berkaitan banduan. Kes kematian melibatkan individu berusia 27 dan 99 tahun termasuk dua warganegara Myanmar. Bangkok merekodkan lapan kematian manakala Samut Prakan (5), Pathum Thani…

Read More

94.9 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 Okt. – Sebanyak 24,165,940 atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi. Sejumlah 97.6 peratus atau 25,431,328 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 147,242 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam membabitkan 123,182 suntikan dos lengkap, 18,493 menerima suntikan dos pertama manakala 5,567 menerima dos penggalak (booster) menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,581,855. Jumlah kumulatif bagi penerima dos penggalak kini adalah 152,036. Setakat semalam juga,…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 0.94

PUTRAJAYA 27 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kadar 0.94 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya. Bagaimanapun lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan 1.02 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1.00. Ini diikuti Melaka dengan 0.98, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.96 dan Selangor 0.95. Sepuluh negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.92, Kedah 0.92, Johor 0.89, Pahang 0.87, Perlis 0.87, Pulau Pinang 0.87, Kelantan 0.86, Terengganu 0.86, Perak 0.85 dan Sarawak 0.84. Wilayah Persekutuan…

Read More

Kematian harian meningkat

PUTRAJAYA 28 Okt. – Angka kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini, mencatatkan sedikit peningkatan apabila 98 kes direkodkan pada Rabu berbanding 84, pada hari sebelumnya. Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 32 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,674 manakala jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,803. Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu. Terdapat 562 kes aktif di ICU seluruh…

Read More

Singapura catat peningkatan luar biasa

SINGAPURA 28 Okt. – Angka kes jangkitan harian Covid-19 di Singapura melonjak melebihi 5,000 kes apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,324 kes setakat pukul 12 tengah hari semalam. Peningkatan luar biasa itu mengatasi jumlah kes harian yang direkodkan kelmarin (Selasa) iaitu 3,277 dan 3,994 kes pada 19 Oktober lalu. Pada masa yang sama sebanyak 10 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan virus itu dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 meningkat kepada 349 orang. Menurut MoH, bagi kes jangkitan pula, setakat semalam Singapura merekodkan 184,419 kes. Dalam…

Read More