Arab Saudi catat 775 kes

ARAB Saudi merekodkan 775 kes baharu Covid-19 berbanding 781 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 323,012 kes pada Rabu, 9 September.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 28 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kematian sebanyak 4,165.

Kes pulih pula meningkat kepada 298,966 kes termasuk 720 kes pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktif sebanyak 19,881 di mana 1,386 kritikal.

Sementara itu Dammam merekodkan 54 kes diikuti Makkah 51, Jeddah 45,

Hufof dan Riyadh masing-masing 40, Madinah 37, Yanbu 36 , Ar’ar 33, Qatif 30 Qatif, 28 Al-Mobarraz 28 dan Dhahran 21.

Related posts

Leave a Comment