8.4 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 8 Ogos – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 yang direkodkan semalam, 7 Ogos adalah 425,698 dos yang meliputi 186,035 dos pertama dan 239,663 penerima dos kedua.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan Selangor merekodkan jumlah harian tertinggi dengan lebih 25,000 suntikan bagi dos pertama dan lebih 73,000 dos kedua.

Sejak PICK dilaksanakan pada 23 Februari lalu, sejumlah 24,033,988 dos vaksin telah diberikan kepada penerima, setakat semalam.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 15,536,215 suntikan membabitkan dos pertama, manakala baki 8,497,773 adalah dos kedua.

Sekiranya dihitung, jumlah pemberian dos kedua terbabit mewakili 26 peratus daripada populasi di Malaysia, selain mencecah 36.3 peratus daripada jumlah individu dewasa di negara ini.

Seterusnya, Lembah Klang meliputi Kuala Lumpur dan Selangor mendahului jumlah pemberian vaksin dengan 8,574,506 dos, diikuti Sarawak (3,129,355) dan Johor (1,706,376).

Perbandingan antara kadar pemberian vaksin lengkap dengan jumlah populasi dewasa pula menyaksikan Labuan mendahului dengan mencatat 84.8 peratus, disusuli Sarawak (72.3 peratus), Negeri Sembilan (50 peratus), Lembah Klang (49.6 peratus), Perlis (48 peratus), dan Melaka (33.1 peratus).

Related posts

Leave a Comment