31 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 5 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 31 lagi kematian akibat Covid-19 sehingga tengah malam tadi, termasuk sembilan membabitkan kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan 31,591 kes dengan 6,375 daripadanya adalah kes BID.

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu sembilan sementara Johor, Kedah, Kelantan, Perak dan Sabah masing-masing tiga, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dua dan satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Sebanyak 39,682 kes aktif dilaporkan sehingga tengah malam tadi membabitkan 32,421 kes menjalani kuarantin di rumah, 3,522 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan 3,487 pesakit menjalani rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment