Dah cukup penerangan vaksinasi

PUTRAJAYA 18 Okt. – Kerajaan telah cukup berusaha memberikan penerangan mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Malah, katanya, kementeriannya sudah mengemukakan segala bukti saintifik berhubung keberkesanan vaksin kepada rakyat.

“Dan kita terus memberi penerangan. Saya minta maaf saya perlu tegas dalam isu ini. Panggillah saya dajjal atau apa sahaja,” katanya dalam satu ciapan akaun Twitternya, hari ini.

Khairy sebelum ini berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka.

Semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Khairy mengenai kerajaan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya, sebagai satu langkah sombong.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, adalah menjadi peranan kerajaan dalam memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin, dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.

Related posts

Leave a Comment