Trend penurunan kes di Malaysia

PUTRAJAYA 18 Okt. – Kes Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan dengan 5,434 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, kes terbaharu yang direkod pada hari ini merupakan yang terendah sejak 28 Jun lepas dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 2,396,121. Semalam, Malaysia turut merekodkan penurunan dengan 6,145 kes. Menurut kenyataan media, Dr. Noor Hisham berkata, daripada 5,434 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 151 kes (2.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,283 kes (97.2 peratus) lagi…

Read More

PRN Melaka 20 November

MELAKA 18 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. “Tempoh berkempen pula adalah 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November,” katanya pada sidang media, hari ini. PRN Melaka perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14. Speaker DUN Melaka, Ab Rauf Yusoh sebelum itu mengumumkan…

Read More

Dah cukup penerangan vaksinasi

PUTRAJAYA 18 Okt. – Kerajaan telah cukup berusaha memberikan penerangan mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Malah, katanya, kementeriannya sudah mengemukakan segala bukti saintifik berhubung keberkesanan vaksin kepada rakyat. “Dan kita terus memberi penerangan. Saya minta maaf saya perlu tegas dalam isu ini. Panggillah saya dajjal atau apa sahaja,” katanya dalam satu ciapan akaun Twitternya, hari ini. Khairy sebelum ini berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka. Semalam, Ketua Pembangkang Anwar…

Read More

Solat ikut kapasiti masjid di Kedah

ALOR SETAR 18 Okt. – Mulai hari ini, Kedah membenarkan solat fardu dan Jumaat dengan kehadiran jemaah mengikut keluasan masjid dengan syarat mereka lengkap divaksin serta mematuhi penjarakan satu meter. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kadar vaksinasi penduduk Kedah melebihi 80 peratus selain kes Covid-19 negeri sudah menurun. Katanya, pada masa yang sama kadar penggunaan katil pesakit Covid-19 di hospital juga menurun kepada 50 peratus, serta Kedah turut beralih ke Fasa Tiga, Pelan Pemulihan Negara…

Read More

6.61 bilion dos vaksin didaftar

LEBIH 6.61 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin, 18 Oktober, demikian menurut data Johns Hopkins University. China mendahului dengan lebih 2.229 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti india sebanyak 977 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 406 juta dos vaksin. Brazil mencatatkan lebih 257 juta dos sementara Jepun melebihi 178 juta. Beberapa negara iaitu Turki, Jerman dan Mexico mencatatkan angka melepasi 100 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara lain dengan 170 juta dos diikuti Thailand melebihi 64 juta manakala…

Read More

63 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 18 Okt. – Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 63 lagi individu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu meningkat kepada 27,921 kes. Menurut data kementerian di portal COVIDNOW, sejumlah 11 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu. Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat…

Read More