63 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 18 Okt. – Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 63 lagi individu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu meningkat kepada 27,921 kes.

Menurut data kementerian di portal COVIDNOW, sejumlah 11 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Bagaimanapun sifar kes kematian harian dilaporkan semalam.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin, serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sejumlah 69.7 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 dan 77.2 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment