6.61 bilion dos vaksin didaftar

LEBIH 6.61 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin, 18 Oktober, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 2.229 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti india sebanyak 977 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 406 juta dos vaksin.

Brazil mencatatkan lebih 257 juta dos sementara Jepun melebihi 178 juta.

Beberapa negara iaitu Turki, Jerman dan Mexico mencatatkan angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara lain dengan 170 juta dos diikuti Thailand melebihi 64 juta manakala Filipina 51 juta dan Malaysia melebihi 47 juta.

Singapura pula merekodkan lebih 9 juta dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment