Empat hari kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 10 Okt. – Hari keempat berturut-turut, kadar kebolehjangkitan (R-naught) kekal pada paras 0.86 semalam, Sabtu.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis yang mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.10.

Ini diikuti Putrajaya 1.03, Negeri Sembilan 1.02, Kelantan 0.96, Terengganu 0.96, Melaka 0.95, Pahang 0.94, Kuala Lumpur 0.90, Kedah 0.87  dan Perak 0.86.

Sementara itu, lima negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sarawak 0.85, Selangor 0.85, Sabah 0.85, Johor 0.84 dan Pulau Pinang 0.82.

Labuan merekodkan satu kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment