Penduduk bantah pas kesihatan

ROME: Skim pas kesihatan yang akan diperluaskan penggunaannya ke semua tempat kerja bermula 15 Oktober ini, mendapat bantahan ribuan penduduk Itali termasuk ahli parti sayap kanan.

Mereka menyertai tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini, membantah keputusan kerajaan malahan turut bertempur dengan anggota keselamatan.

Minggu lalu, Perdana Menteri Itali, Mario Draghi mengumumkan skim pas kesihatan yang akan diperluaskan dan pekerja yang enggan mematuhi arahan itu berdepan penggantungan kerja tanpa gaji.

Penguatkuasaan pas kesihatan menjadi syarat bagi memasuki muzium, acara sukan dan restoran sejak dikuatkuasakan Ogos lalu.

Walaupuun perarakan tunjuk perasaan itu dibenarkan, terdapat ratusan penunjuk perasaan didakwa melanggar arahan pihak berkuasa termasuk mahu menceroboh kawasan Parlimen.

Kejadian tunjuk perasaan berlaku bukan sahaja di ibu negara malah di beberapa lokasi di Milan dan Cesena, tengah Itali.

Pas kesihatan itu sudah diterapkan pada semua pekerja kesihatan, yang memerlukan mereka menyediakan sijil vaksinasi ini, bukti penyembuhan Covid -19 atau ujian saringan negatif terbaharu.

Related posts

Leave a Comment