R-naught di bawah paras 1.00

PUTRAJAYA 7 Okt. – Selepas tiga hari berturut-turut nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) kekal pada 0.87, angka itu turun kepada 0.86 semalam.

Dan buat pertama kali juga kadar kebolehjangkitan di kesemua negeri berada di bawah paras 1.00.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan dengan kadar kebolehjangkitan 0.99.

Ini diikuti Melaka 0.97, Terengganu 0.96, Putrajaya 0.96, Perlis 0.96, Pahang 0.96, Kelantan 0.94, Kedah 0.87 dan Sarawak 0.87.

Enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.85, Johor 0.85, Perak 0.84, Kuala Lumpur 0.84, Selangor 0.84 dan Pulau Pinang 0.83.

Labuan merekodkan lapan kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment