105 kematian baharu

PUTRAJAYA 7 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 105 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi  menjadikan jumlah keseluruhan 26,981 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 26 daripada 105 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment