Baki 2 peratus cecah 90 peratus

PUTRAJAYA 5 Okt. – Hampir 90 peratus, mungkinkah tercapai malam ini atau esok seterusnya rentas negeri dibuka?

Setakat malam tadi sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Perkembangan terbaru itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini tinggal kira-kira 2.2 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.4 peratus atau 22,098,764 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, sebanyak 114,124 atau 3.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 221,812 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 126,433 dos pertama dan 95,379 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,573,891 dos.

Related posts

Leave a Comment