Buktikan vaksinasi sebelum masuk premis

LOS ANGELES: Bukti vaksinasi Covid-19 untuk memasuki premis dijangka dikuatkuasakan di Los Angeles awal bulan depan.

Majlis Perbandaran Los Angeles akan memutuskan usul mewajibkan orang ramai membuktikan status lengkap vaksinasi itu untuk memasuki lebih banyak premis perniagaan dan venue lain.

Sekiranya ia diluluskan, peraturan tersebut akan diperluaskan di seluruh Los Angeles berkuat kuasa bulan depan.

Di bawah peraturan tersebut, mereka yang layak menerima suntikan vaksin perlu membuktikan mereka sudah lengkap vaksinasi untuk memasuki ruang awam termasuk restoran, bar, kelab malam, gimnasium, muzium, spa dan banyak lagi.

Peraturan tersebut meliputi mereka yang berusia 12 tahun ke atas dan dijadualkan

berkuat kuasa bermula 7 Oktober depan dengan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Menjelang 4 November depan, bukti lengkap vaksinasi diperlukan.

Untuk rekod, daripada keseluruhan 10.3 juta populasi negeri itu, 66 peratus sudah menerima satu dos suntikan dengan 59 peratus sudah lengkap vaksinasi.

Related posts

Leave a Comment