Rentas negeri beberapa minggu lagi

PUTRAJAYA 24 Sept. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan ‘dalam beberapa minggu lagi’ berikutan 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi. Katanya, dalam tempoh beberapa minggu saja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu. “In shaa-Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia. “Kalau Rabu lalu…

Read More

Kes jangkitan meningkat sedikit

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan hari ini apabila merekodkan 14,554 kes positif baharu, setakat tengah hari ini berbanding 13,754 kes semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara kumulatifnya, kes positif Covid-19 di negara ini melonjak kepada 2,171,232 kes. Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,825 kes, diikuti Selangor 2,244, Johor 1,807, Sabah 1,273, Pulau Pinang 1,231 dan Perak 1,144. Kelantan merekodkan 910 kes, disusuli Kedah 908, Terengganu 690, Pahang 598, Melaka 401, Kuala Lumpur 271, Negeri Sembilan 157, Perlis 65 dan Putrajaya…

Read More

Tidak semua diberi dos ketiga

PUTRAJAYA 24 Sept. – Langkah kerajaan memberikan dos ketiga vaksin Covid-19 kepada kumpulan berisiko tinggi, tidak bercanggah dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meminta pemberian suntikan tambahan itu ditangguhkan hingga akhir tahun. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan kerajaan itu wajar kerana Malaysia tidak merekodkan sebarang pembaziran vaksin Covid-19 di negara ini, berbanding beberapa negara maju yang sebelum ini membolot vaksin itu. Selain itu, katanya, kerajaan hanya memberikan dos ketiga kepada kumpulan tertentu dan bukan semua populasi yang layak menerima vaksin Covid-19. “Kita turut menyumbang vaksin kita kepada negara…

Read More

Sarimah bersyukur hidup seadanya

Oleh MUZLINA ABU BAKAR DISIARKAN DI bebasnews.my) SETELAH lebih lima tahun tidak bertemu, dengan kali terakhir pada majlis pelancaran buku “Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu” karya wartawan tersohor Allahyarham Haji Ahmad Idris (ABI) pada 14 Februari 2016 di Dewan Utusan, hari ini tepat pukul 10.30 pagi saya menyambut kedatangannya bersama menantu, Syed Mahadi Syed Fauzi, di lobi bekas pejabat syarikat akhbar tertua negara, Utusan Melayu (M) Berhad, di Jalan Utusan. Dari jauh jelas ternampak wajah jernih dan cantik miliknya yang hanya dibaluti bedak tipis dengan secalit gincu menghiasi bibir…

Read More

Pesakit bantuan pernafasan kurang

PUTRAJAYA 24 Sept. – Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan di hospital di negara ini menunjukkan trend penurunan sejak 9 Ogos lalu. Data portal COVIDNOW setakat 11.59 malam tadi menunjukkan 651 kes memerlukan alat bantuan pernafasan mengikut purata tujuh hari, berbanding 921 kes seperti direkodkan pada 9 Ogos lalu. Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara adalah 49.9 peratus. Berdasarkan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan mengikut negeri, Kedah paling tinggi apabila mencatatkan 74.5 peratus, diikuti Pulau Pinang dengan 74.4 peratus dan Perak (71.4 peratus). Kadar…

Read More

23,703 remaja lengkap dua dos

PUTRAJAYA 24 Sept. – Seramai 19,156,694 individu atau 81.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan,  sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 326,612 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, membabitkan 132,562 dos pertama dan 194,050 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program…

Read More

Novavax mohon penyenaraian vaksin

SATU lagi vaksin keluaran Novavax Inc dan rakan kerjanya Serum Institute of India memohon kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi dimasukkan vaksin Covid-19 itu di bawah senarai penggunaan kecemasan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Stanley C. Erck dalam kenyataannya berkata, permohonan penyenaraian itu adalah langkah penting dalam usaha mempercepat akses dan pengedaran yang lebih adil ke negara-negara yang sangat memerlukan. Syarikat itu menyifatkan ia juga sebagai mercu tanda dalam transformasi Novavax menjadi syarikat vaksin global dan memperkuatkan nilai kolabirasi global bagi membantu mengendalikan pandemik. Senarai penggunaan kecemasan WHO itu adalah…

Read More

1,504 kes harian tertinggi di Singapura

SINGAPURA 24 Sept. – Singapura melaporkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi dengan merekodkan 1,491 kes tempatan setakat pukul 12 tengah hari semalam yang meliputi 1,218 jangkitan dalam masyarakat dan 273 penghuni asrama pekerja. Jumlah kes itu sekali gus mengatasi angka 1,457 yang dilaporkan setakat tengah hari Rabu dan menjadikan jumlah keseluruhan 82,856 kes. Semalam dua kematian baharu turut dilaporkan, menjadikan keseluruhan angka korban Covid-19 di sini sebanyak 70. Menurut Kementerian Kesihatan, kes kematian pertama melibatkan seorang wanita rakyat Singapura berusia 93 tahun yang diuji positif bagi Covid-19 pada 17 September…

Read More

Bekalan vaksin tidak konsisten di Afrika

NEW YORK: Beberapa pemimpin Afrika termasuk Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, menggesa ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  menyokong cadangan bagi memansuhkan sementara hak harta intelek yang dibentuk oleh Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Ia antara lain bagi membolehkian lebih banyak negara, terutamanya negara berpendapatan rendah dan sederhana, menghasilkan vaksin Covid-19. Bagi pemimpin Afrika lain, mereka mendakwa ketika negara kaya memikirkan strategi untuk mengagihkan vaksin penggalak, negara berpendapatan rendah ketika ini hanya dapat memberikan vaksinasi 1 hingga 2 peratus daripada keseluruhan populasi. Presiden Angola, João Lourenço mengatakan bahawa perbezaan ketara itu amat…

Read More