Pesakit bantuan pernafasan kurang

PUTRAJAYA 24 Sept. – Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan di hospital di negara ini menunjukkan trend penurunan sejak 9 Ogos lalu.

Data portal COVIDNOW setakat 11.59 malam tadi menunjukkan 651 kes memerlukan alat bantuan pernafasan mengikut purata tujuh hari, berbanding 921 kes seperti direkodkan pada 9 Ogos lalu.

Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara adalah 49.9 peratus.

Berdasarkan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan mengikut negeri, Kedah paling tinggi apabila mencatatkan 74.5 peratus, diikuti Pulau Pinang dengan 74.4 peratus dan Perak (71.4 peratus).

Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di Putrajaya pula merekodkan 62.5 peratus, Pahang (61.9 peratus), Johor (56.7 peratus), Kelantan (56.7 peratus) dan Terengganu (51.9 peratus).

Melaka pula merekodkan kadar penggunaan 47.2 peratus. Manakala Sabah 44.7 peratus, diikuti Sarawak (44.6 peratus), Perlis (41.4 peratus), Kuala Lumpur (37.1 peratus), Selangor (36.7 peratus), Negeri Sembilan (27 peratus) dan Labuan (8.7 peratus).

Penggunaan wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan kadar 75.9 peratus.

Pulau Pinang merekodkan kadar penggunaan ICU paling tinggi dengan 99.2 peratus, diiikuti Kedah (97.5 peratus), Putrajaya (90 peratus), Johor (87.3 peratus), Sarawak (87.1 peratus) dan Perak 83.1 peratus.

Selangor merekodkan 78.6 peratus kadar penggunaan wad ICU, disusuli Kuala Lumpur (75.4 peratus), Sabah (72.4 peratus), Terengganu (68.8 peratus), Pahang (68.5 peratus), Perlis (68.4 peratus) dan Kelantan (66.7 peratus).

Kadar penggunaan wad ICU di Melaka mencatatkan 56.2 peratus, Negeri Sembilan (40.9 peratus) dan Labuan (26.1 peratus).

Related posts

Leave a Comment