Bekalan vaksin tidak konsisten di Afrika

NEW YORK: Beberapa pemimpin Afrika termasuk Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, menggesa ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  menyokong cadangan bagi memansuhkan sementara hak harta intelek yang dibentuk oleh Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Ia antara lain bagi membolehkian lebih banyak negara, terutamanya negara berpendapatan rendah dan sederhana, menghasilkan vaksin Covid-19.

Bagi pemimpin Afrika lain, mereka mendakwa ketika negara kaya memikirkan strategi untuk mengagihkan vaksin penggalak, negara berpendapatan rendah ketika ini hanya dapat memberikan vaksinasi 1 hingga 2 peratus daripada keseluruhan populasi.

Presiden Angola, João Lourenço mengatakan bahawa perbezaan ketara itu amat mengejutkan dan menggesa agar ketidaksamarataan ini dihentikan segera bagi memastikan seluruh populasi dunia menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketidaksamarataan pengagihan bekalan vaksin Covid-19 di negara-negara Afrika menjadik fokus utama Mesyuarat Agung PBB dengan slogan yang diulang pada sidang mesyuarat kali ini iaitu ‘Tiada yang selamat sehingga semua selamat.

Sementara itu, Badan serantau WHO di Afrika memaklumkan gelombang penularan Covid-19 di benua tersebut semakin menurun.

Bagaimanapun Pengarah Respon Penyakit Berjangkit WHO Afrika, Dr Benido Impouma, berkata, usaha untuk mengekang penularan virus itu masih jauh untuk berakhir dengan jangkaan gelombang keempat yang akan berlaku di seluruh benua itu akan lebih buruk.

“Peningkatan kes Covid-19 di Afrika kini semakin menurun, namun 108,000 kes baharu dan lebih 3,000 kes kematian dilaporkan sejak minggu lepas.Dengan 16 negara masih lagi menunjukkan peningkatan, peperangan ini masih jauh untuk berakhir,” katanya.

Susulan itu, negara-negara Afrika digesa menggunakan masa ketika ini untuk meningkatkan kadar vaksinasi mereka tetapi bekalan vaksin yang tidak konsisten merencatkan program vaksinasi di benua tersebut.

Related posts

Leave a Comment