23,703 remaja lengkap dua dos

PUTRAJAYA 24 Sept. – Seramai 19,156,694 individu atau 81.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan,  sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 326,612 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, membabitkan 132,562 dos pertama dan 194,050 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,573,883 dos.

Data portal COVIDNOW juga menunjukkan, seramai 579,204 orang atau 18.4 peratus remaja sudah menerima satu dos vaksin.

Ia menjadikan keseluruhan 19.2 peratus atau 602,907 remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baki 2,544,593 remaja atau 80.9 peratus belum lagi menerima suntikan vaksinasi.

Berdasarkan kemajuan program imunisasi remaja mengikut negeri, Labuan mencatatkan rekod paling tinggi dengan 47.7 peratus, diikuti Sabah (39.2), Sarawak (28.5), Perlis (24.5), Kedah (22.7) dan Pahang (21.2).

Kelantan pula merekodkan pemberian imunisasi sebanyak 18.4 peratus, disusuli Perak (17.9), Terengganu (16.4), Melaka (13), Negeri Sembilan (13) dan Johor 12.1 peratus.

Kawasan Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 6.8 peratus, manakala Pulau Pinang mencatatkan enam peratus.

Related posts

Leave a Comment