Novavax mohon penyenaraian vaksin

SATU lagi vaksin keluaran Novavax Inc dan rakan kerjanya Serum Institute of India memohon kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi dimasukkan vaksin Covid-19 itu di bawah senarai penggunaan kecemasan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Stanley C. Erck dalam kenyataannya berkata, permohonan penyenaraian itu adalah langkah penting dalam usaha mempercepat akses dan pengedaran yang lebih adil ke negara-negara yang sangat memerlukan.

Syarikat itu menyifatkan ia juga sebagai mercu tanda dalam transformasi Novavax menjadi syarikat vaksin global dan memperkuatkan nilai kolabirasi global bagi membantu mengendalikan pandemik.

Senarai penggunaan kecemasan WHO itu adalah antara p syarat untuk eksport ke beberapa negara yang mengambil bahagian dalam kemudahan perkongsian vaksin, COVAX.

Novavax dan Serum Institute, pengeluar vaksin terbesar dunia, memberi komitmen untuk menyediakan secara bersama lebih 1.1 bilion dos kepada kemudahan COVAX, yang bertujuan untuk menawarkan akses vaksin COVID-19 lebih saksama ke negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Suntikan Novavax adalah vaksin yang berasaskan protein dan menunjukkan keberkesanan keseluruhan 90.4 peratus dalam ujian di Amerika Syarikat dan Mexico.

Related posts

Leave a Comment