Kes jangkitan Thailand cecah 1.5 juta

BANGKOK 21 Sept. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand mencecah 1,500,105 hari ini apabila 10,919 kes baharu direkodkan hari ini.

Kes jangkitan hari ini juga menunjukkan penurunan berbanding 12,709 semalam, 13,576 (19 September), 14,109 (18 September) dan 14,555 (17 September).

Daripada 10,919 kes baharu itu, 10,490 adalah kes tempatan dan tujuh kes import.

Sebanyak 143 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,612 orang meninggal dunia.

Semalam, 11,694 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 1,352,838.

Sementara itu kes kematian melibatkan mereka yang berumur  17 hingga 93 tahun termasuk lima warga Myanmar, dua Lao, seorang Jepun dan seorang warga Amerika.

Bangkok terus merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 40 orang dan juga pada masa sama mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,561 kes diikuti Samut Prakan 858, Chon Buri 629, Narathiwat 379, Ratchaburi 361, Yala 284 dan Nonthaburi 280.

Tujuh kes import pula adalah dari Amerika Syarikat (1), Laos (1), Malaysia (4) dan Myanmar (1).

Semalam,sebanyak 131,655 pesakit menerima rawatan di hospital termasuk 3,548 yang kritikal dan 759 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment