Menghampiri imuniti kelompok

PUTRAJAYA 21 Sept. – Sasaran imuniti kelompok 80 peratus dalam kalangan populasi dewasa di negara ini semakin hampir apabila rekod setakat semalam mencapai 79.6 peratus atau 18.64 juta individu melengkapkan vaksinasi mereka.

Sebanyak 93.1 peratus atau 22 juta individu pula telah menerima satu dos suntikan vaksin.

Semalam,  sejumlah 289,618 dos suntikan vaksin didaftarkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 195,473 adalah bagi dos kedua dan 94,154 dos pertama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Covid-19 yang sudah didaftarkan adalah sebanyak 40.664 juta dos.

Penambahan vaksin harian ini juga turut menyaksikan 57.1 peratus populasi keseluruhan lengkap menerima dos vaksin Covid-19 manakala 67.7 peratus populasi keseluruhan sudah menerima satu dos suntikan.

Related posts

Leave a Comment