Malaysia capai sasaran 80 peratus

PUTRAJAYA 21 Sept. – Pada pukul 1 tengah hari ini, Malaysia berjaya mencapai kadar 80 peratus populasi penduduk dewasa yang lengkap menerima imunisasi Covid-19. Berikutan kejayaan itu, Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob dalam satu ciapan di Twitter, hari ini memberikan kata-kata semangat untuk rakyat Malaysia meneruskan usaha memerangi pandemik Covid-19. “Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Teruskan usaha kita perangi COVID-19,” katanya. Ismail Sabri dalam kenyataan di Facebook, pula menyifatkan kejayaan itu adalah hasil pengorbanan petugas barisan hadapan dan sokongan seluruh Keluarga Malaysia. Hasil pengorbanan…

Read More

Giliran Tioman, Genting Highlands, Melaka

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Selepas kejayaan gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, kerajaan bersetuju untuk membuka tiga destinasi pelancongan dalam tempoh terdekat ini yang meliputi Pulau Tioman, Genting Highlands dan Melaka. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri, perkara tersebut antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Parlimen. Kerajaan menyasarkan tempoh pembukaan destinasi baharu itu pada 1 Oktober tetapi tempoh dua minggu akan diberikan kepada operator pelancongan untuk membuat persiapan rapi terutamanya membabitkan aspek pematuhan SOP. Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan Hishamuddin…

Read More

Kebanyakan negeri tambah kes

PUTRAJAYA 21 Sept. – Semua negeri merekodkan kes baharu Covid-19 termasuk Labuan yang dua hari berturut- turut merekodkan sifar kes mencatatkan 12 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes harian negara 15,759. Jumlah kumulatif sejak pandemik bermula pula meningkat kepada 2,112,175 orang. Berbanding semalam kebanyakan negeri merekodkan pertambahan kes kecuali Kedah, Pahang, Terengganu dan Perlis yang merekodkan penurunan kes. Tujuh negeri merekodkan pertambahan kes empat angka didahului Sarawak yang mencatatkan 3,732 kes, meningkat berbanding 3,611 semalam. Ini diikuti Johor 1,959 juga menunjukkan peningkatan berbanding 1,598 semalam, Selangor 1,934 (1,365), Pulau…

Read More

Kes jangkitan Thailand cecah 1.5 juta

BANGKOK 21 Sept. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand mencecah 1,500,105 hari ini apabila 10,919 kes baharu direkodkan hari ini. Kes jangkitan hari ini juga menunjukkan penurunan berbanding 12,709 semalam, 13,576 (19 September), 14,109 (18 September) dan 14,555 (17 September). Daripada 10,919 kes baharu itu, 10,490 adalah kes tempatan dan tujuh kes import. Sebanyak 143 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,612 orang meninggal dunia. Semalam, 11,694 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 1,352,838. Sementara itu kes kematian melibatkan mereka…

Read More

16,361 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 16,361 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 2,401,916 kes. Menurut DoH sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 37,074 selepas 140 lagi dilaporkan meninggal dunia. Pada masa yang sama, sebanyak 21,974 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,193,700 orang atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula turun iaitu 171,142 berbanding 176,850 semalam

Read More

Menghampiri imuniti kelompok

PUTRAJAYA 21 Sept. – Sasaran imuniti kelompok 80 peratus dalam kalangan populasi dewasa di negara ini semakin hampir apabila rekod setakat semalam mencapai 79.6 peratus atau 18.64 juta individu melengkapkan vaksinasi mereka. Sebanyak 93.1 peratus atau 22 juta individu pula telah menerima satu dos suntikan vaksin. Semalam,  sejumlah 289,618 dos suntikan vaksin didaftarkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 195,473 adalah bagi dos kedua dan 94,154 dos pertama. Ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Covid-19 yang sudah didaftarkan adalah sebanyak 40.664 juta dos. Penambahan vaksin harian ini juga turut menyaksikan 57.1 peratus…

Read More

108 kematian Covid-19 dalam 24 jam

PUTRAJAYA 21 Sept. – Sejumlah 301 kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan semalam dengan 108 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan 193 lagi adalah kes tertunggak sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan angka korban adalah 23,744. Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW turut memaklumkan, terdapat 92 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan sebanyak 4,564 kes pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan diberikan. Secara keseluruhannya iaitu termasuk kes kematian tertunggak, Lembah Klang melaporkan kes tertinggi dengan 143 kes, Johor 52, Kelantan 23, Pulau Pinang 22l, Sabah 19 dan…

Read More

Singapura lapor 917 kes baharu

SINGAPURA 21 Sept. – Singapura melaporkan 910 kes jangkitan tempatan Covid-19 setakat tengah hari semalam dan tujuh lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan 78,721. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 832 kes dalam masyarakat dilaporkan dan 78 penghuni asrama pekerja asing. Dalam kalangan kes tempatan baharu semalam, terdapat  230 warga emas berusia 60 tahun ke atas. Dua pesakit meninggal dunia pada Ahad, menjadikan jumlah kematian di Singapura seramai 62 orang. Salah satu kes yang meninggal dunia ialah seorang lelaki berusia 84 tahun yang sudah divaksin terhadap Covid-19. Warga Singapura itu dibawa ke…

Read More

AS longgar sekatan November

AMERIKA Syarikat akan melonggarkan sekatan perjalanan bermula November depan dan mula menerima pengembara yang lengkap divaksin dari United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain. Kelonggaran sekatan ini diputuskan susulan tuntutan daripada sebahagian besar sekutunya di Eropah. Menurut Koordinator White House, Jeff Zients, kelonggaran sekatan ini terpakai ke atas individu dan bukan berdasarkan negara. Di bawah peraturan baharu ini, pengembara perlu menunjukkan bukti mereka lengkap divaksin sebelum menaiki penerbangan dan keputusan negatif bagi ujian Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan. Mereka tidak perlu menjalani kuarantin. Amerika Syarikat adalah…

Read More