108 kematian Covid-19 dalam 24 jam

PUTRAJAYA 21 Sept. – Sejumlah 301 kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan semalam dengan 108 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan 193 lagi adalah kes tertunggak sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan angka korban adalah 23,744.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW turut memaklumkan, terdapat 92 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan sebanyak 4,564 kes pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan diberikan.

Secara keseluruhannya iaitu termasuk kes kematian tertunggak, Lembah Klang melaporkan kes tertinggi dengan 143 kes, Johor 52, Kelantan 23, Pulau Pinang 22l,

Sabah 19 dan Perak 15.

Sarawak merekodkan lapan kes, Kedah enam, masing-masing empat kes di Pahang dan Terengganu, tiga di Melaka serta masing-masing satu kes di Perlis dan Negeri Sembilan.

Hanya dua wilayah iaitu Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan pertambahan kes kematian.

Ketika ini masih ada 207,698 kes aktif dan daripada jumlah kes aktif itu, 172,648 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta 22,675 kes pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 11,321 kes pula sedang dirawat di hospital manakala 521 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) serta memerlukan alat bantuan pernafasan dan 633 kes berada dalam ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment