17,026,781 lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 12 Sept. – Sebanyak 72.7 peratus atau 17,026,781 individu daripada populasi dewasa seluruh negara sudah dilengkapi dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu, penerima dos pertama daripada golongan dewasa pula adalah sebanyak 90.9 peratus atau 21,290,857.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi

keseluruhan populasi, sebanyak 52.1 peratus lengkap divaksinasi, manakala 65.2 peratus mendapatkan dos pertama.

Setakat semalam, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK adalah sebanyak 38,260,575 dos.

Labuan terus merekodkan kadar pemberian dos vaksin tertinggi dengan 95.9 peratus atau 65,699 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Ini diikuti Lembah Klang dengan 100.6 peratus (6,201,327 orang), Sarawak 88.2 peratus (1,801,733 orang), dan Negeri Sembilan 87.4 peratus (711,621 orang), Perlis 74.5 peratus (134,994 orang), Melaka 72.9 peratus (493,503 orang), manakala Pulau Pinang 68.4 peratus (934,492 orang).

Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian semalam menunjukkan penurunan berbanding Jumaat iaitu daripada 287,059 dos kepada 258,929.

Ia masing-masing membabitkan 88,960 dos pertama dan 169,969 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment