Di Malaysia 51.1 % lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Sept. – Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Semalam, sebanyak 322,346 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 37,714,587 dos.

Sementara itu, 205 komuniti Orang Asli suku kaum Bateq di Pos Lebir, Gua Musang menjadi kumpulan pertama menerima suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Mereka adalah penerima terawal bagi PICK di kawasan pedalaman.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Dr Hazura Mat Zubir berkata, dianggarkan sebanyak 8,000 dos vaksin jenis CanSino akan diberikan kepada golongan Orang Asli di tiga jajahan di Kelantan iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

Related posts

Leave a Comment