Singapura jangka 2,000 kes sehari

SINGAPURA 10 Sept. – Dalam masa beberapa minggu akan datang, Singapura menjangkakan  kes Covid-19 akan mencapai angka 1,000 hingga 2,000 sehari, kata Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Berbilang  Kementerian (MTF) Lawrence Wong. “Inilah sebabnya kita perlu mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam keadaan sekarang dan memastikan kita menyesuaikan diri secepatnya kepada keadaan jangkitan yang cepat berubah-ubah,” katanya Memandangkan keadaan sekarang, katanya terdapat keperluan untuk mengambil satu langkah berwaspada.. Sementara Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong. berkata, bilangan kes yang meningkat memang sudah dijangkakan ketika Singapura membuka semula ekonominya tetapi, lonjakan mendadak…

Read More

103 varian Delta dikesan

PUTRAJAYA 10 Sept. – Dalam tempoh dua minggu mulai 29 Ogos hingga hari ini, sebanyak 103 varian yang membimbangkan (VOC) Delta dikesan melalui dua kajian yang dijalankan.p, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Mutasi itu ditemui melalui kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) yang mengenal pasti 44 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) 59 kes. Beliau berkata, semuanya varian Delta (B.1.617.2), menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang…

Read More

2,921 kes Sarawak kategori 1

KUCHING 10 Sept. – Tiga daripada 3,734 kes positif Covid-19 yang direkodkan di Sarawak hari ini adalah daripada pesakit kategori 5 manakala lima kes adalah melibatkan kategori 3 dan 4. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sejumlah 2,921 kes atau 78.23 peratus merupakan kategori satu dan 805 kes atau 21.56 peratus merupakan kategori dua. Kategori tiga melaporkan empat kes atau 0.11 peratus, kategori empat dengan satu kes atau 0.03 peratus manakala tiga kes atau 0.08 peratus kategori lima,’’ kata kenyataan itu. Selain itu, 13 daerah di negeri itu mencatatkan…

Read More

Sarawak mendahului, kes 1.9 juta

PUTRAJAYA 10 Sept. – Sebanyak 21,176 lagi kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,940,950. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,734 kes. Ini diikuti Selangor dengan 3,595 kes, Johor 2,297, Sabah 2,246, Pulau Pinang 1,939, Kedah 1,808, Perak 1,366 dan Kelantan 1,254 kes. Pahang merekodkan 853 kes; Terengganu 776, Melaka 485, Kuala Lumpur 467 dan Negeri Sembilan 252 kes. Perlis merekodkan 77 kes, Putrajaya 21 dan Labuan melaporkan…

Read More

17,964 kes baharu di Filipina

MANILA 10 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 17,964 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,179,770. Sebanyak 9,067 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,969,401 orang. Bilangan yang meninggal dunia pula adalah 168 orang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada keseluruhan 34,899. Kes aktif pula 175,470 atau 8.0 peratus daripada keseluruhan kes . Sementara itu, 16 juta individu di Thailand telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Read More

14,403 kes baharu Thailand

BANGKOK 10 Sept. – Thailand merekodkan 14,403 kes baharu Covid-19 dan 189 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,352,953 orang dan 13,920 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 14,062 kes dilaporkan dalam kalangan masyarakat dan 341 dalam kalangan banduan. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 melaporkan kes kematian melibatkan individu berumur antara 21 hingga 103 tahun yang turut melibatkan tiga warga Myanmar dan British. Bangkok terus merekodkan kematian tertinggi iaitu 25 orang serta mendahului jumlah kes jangkitan berbanding wilayah lain. Mengikut perangkaan, Bangkok merekodkan 3,495 kes diikuti Samut…

Read More

Di Malaysia 51.1 % lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Sept. – Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan. Semalam, sebanyak 322,346 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 37,714,587 dos. Sementara itu, 205 komuniti Orang Asli suku kaum Bateq di Pos Lebir, Gua Musang menjadi…

Read More

81 % di Singapura siap vaksinasi

SINGAPURA 10 Sept. – Lebih 8.8 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan di bawah program vaksinasi negara setakat Rabu, 8 September yang meliputi lebih 4.5 juta individu dengan 4.3 juta sudahpun melengkapkan rejim vaksin sepenuhnya. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat 175,027 dos vaksin lain yang diiktiraf dalam senarai kegunaan darurat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut diberikan kepada 86,379 individu. Secara keseluruhannya, 81 peratus penduduk Singapura sudahpun selesai rejimen vaksinasi sepenuhnya atau sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 dan 83 peratus sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos. Setakat semalam, Singapura melaporkan jumlah…

Read More