Andalusia kekal jadi pilihan keluarga Aliff Syukri

SEPANG 5 Julai – Berdasarkan pengalaman dan yakin dengan perkhidmatan yang diberikan, usahawan Aliff Syukri terus memilih Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk menguruskan perjalanan umrah bersama keluarga dan pekerjanya.

Ditemani isteri,  Nur Shahida Mohd. Rashid, serta 47 orang terdiri daripada pekerja serta ahli keluarga, Aliff Syukri berlepas ke Tanah Suci Madinah awal pagi ini, menerusi penerbangan Saudia.

Aliff Syukri mengakui sudah lebih 15 tahun keluarganya menggunakan perkhidmatan Andalusia malah beliau sendiri sudah lima atau enam kali menggunakan perkhidmatan pengendali haji dan umrah itu.

Beliau mengakui pernah pergi dengan agensi lain tetapi agak mengecewakan dan  terus memilih Andalusia sebagai agensi yang boleh dipercayai, menerima perkhidmatan setimpal dengan bayaran.

“Kualiti perkhidmatan itu penting. Alhamdulillah, sepanjang menggunakan khidmat Andalusia semuanya dipermudahkan dan tidak perlu risau dengan urusan perjalanan,” katanya ketika ditemui pada pelepasan kumpulan 91 jemaah umrah Andalusia di sini malam tadi.

Hadir di KLIA bagi mengucapkan selamat berangkat kepada kumpulan jemaah itu adalah Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris.

Sementara itu, menurut Aliff Syukri, beliau memilih untuk menaja pakej umrah kepada pekerjanya sebagai tanda penghargaan atas komitmen serta kesetiaan mereka membangunkan perniagaan bersama.

Katanya, hasrat membawa mereka ke Tanah Suci sudah lama dipendam sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan dan pengorbanan sepanjang bersama membangunkan empayar perniagaannya.

“Sebenarnya ini adalah impian kami. Bila dapat menggembirakan pekerja dan rakan niaga, saya rasa itu satu kepuasan. Ini adalah cara kami berkongsi rezeki dengan mereka yang banyak membantu perjalanan perniagaan kami,” kata Aliff Syukri.

Sebelum ini, Shahida menerusi satu perkongsian dalam Threads, meluahkan rasa syukur dan teruja menjelang keberangkatan rombongan tersebut.

“Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua untuk kami ke Tanah Suci. Genap sebulan lagi Mama, Papa, kami sekeluarga dan 60 orang staf serta rakan niaga akan berangkat,” tulisnya ketika itu.

Menurut beliau, mereka turut menghadiri kursus umrah di pejabat D’Herbs.

“Ramai staf yang pertama kali nak pergi. Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment