Kes di Indonesia lepasi 400,000

JAKARTA : Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 400,000 selepas merekodkan angka keseluruhan kes sebanyak 400,483 termasuk 4,029 kes baharu yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam, sejak 12 tengah hari semelam, 27 Oktober.

Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 103,522 kes setelah tambahan 844 kes baharu manakala Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,724 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 100 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 13,612 orang.

Bagaimanapun sebanyak 325,793 pesakit daripada 400,483 yang disahkan positif virus itu, telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Sebanyak 169,833 lagi pesakit masih dalam pemantauan sementara kes aktif sebanyak 61,078.

Related posts

Leave a Comment