Kadar kebolehjangkitan turun 1.03

PUTRAJAYA 23 Ogos – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 turun kepada 1.03 semalam, Ahad berbanding sebelumnya 1.04 selama lima hari berturut-turut..

Hanya Pahang yang menyamai purata kebangsaan manakala 11 negeri merekodkan kadar melebihi 1.03.

Sarawak mendahului negeri lain merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi melebihi purata kebangsaan iaitu pada kadar 1.29.

Ini diikuti Perlis 1.24, Sabah 1.21,  Pulau Pinang 1.15, Kelantan 1.10, Kedah 1.09, Melaka 1.08, Perak 1.07, Johor 1.06 dan Terengganu 1.05.

Pahang mencatatkan Rt 1.03 dan negeri/wilayah yang mencatat kadar lebih rendah dari purata kebangsaan ialah Selangor 0.97, Kuala Lumpur 0.89, Negeri Sembilan 0.89 dan Putrajaya 0.82.

Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya empat kes Covid-19 baharu.

Related posts

Leave a Comment