4.92 bilion dos disuntik

LEBIH 4.92 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.93 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India 581 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan 361 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil manakala Jerman dengan 99 juta dos, United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 88 juta, diikuti Malaysia lebih 31 juta dos, Thailand lebih 26.8 juta, Vietnam lebih 17 juta dan Singapura lebih 8.5 juta

Related posts

Leave a Comment