JAKARTA 22 Nov. – Indonesia merekodkan 4,360 kes baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 497,668 kes.
Menurut data Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak 110 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian meningkat kepada 15,884:orang.
Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 418,188 orang sementara 26,535 orang telah disaring menjadikan jumlah saringan 3,553,142.
Provinsi Jakarta merekodkan 1,342 kes baharu yang membawa jumlah kumulatif 127,164 manakala Jawa Tengah 477 kes, Jawa Barat 372, Jawa Timur 295, Sumatera Barat 229 dan Kepulauan Riau 174.