PM : Ismail Sabri calon tunggal BN

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Setiausaha Agung UMNO,  Ahmad Maslan mengesahkan Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pontian itu menerusi ciapan di laman Twitter.

“Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO.

“Dihantar hanya satu nama sbg calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera. Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” katanya.

Sebelum itu beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Nama Ahli Parlimen Bera itu dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 4 petang esok.

Difahamkan Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

Related posts

Leave a Comment