Singapura catat kematian ke-45

SINGAPURA 18 Ogos – Seorang lelaki tempatan  berusia 90 tahun meninggal dunia semalam kerana komplikasi Covid-19.

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan (MoH), lelaki itu mengalami gejala koronavirus pada 29 Julai dan dikesan apabila diuji bagi Covid-19 pada 1 Ogos sebagai sebahagian daripada ujian pemantauan dalam masyarakat oleh MoH.

Lelaki itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng pada keesokan harinya kerana sesak nafas nafas dan rasa pening.

Beliau terus dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) kerana mengalami sepsis dari radang paru-paru.

“Beliau sudahpun lengkap divaksinasi terhadap Covid-19 tetapi lanjut usia dan mempunyai sejarah penyakit ginjal kronik dan tekanan darah tinggi,” kata MoH.

Ini merupakan kematian kelapan akibat Covid-19 bulan ini dan merupakan pesakit pertama meninggal dunia akibat masalah kesihatan berkaitan koronavirus selepas lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.

Kini terdapat 45 pesakit koronavirus yang meninggal dunia di Singapura akibat komplikasi Covid-19.

Related posts

Leave a Comment