Empat kes baharu Auckland

WELLINGTON: New Zealand yang sedang dikenakan perintah sekatan merekodkan empat lagi kes baharu Covid-19 selepas penemuan satu kes baharu.

Empat kes baharu itu termasuk seorang petugas kesihatan hospital di Auckland menjadikan jumlah keseluruhan adalah lima kes setakat Selasa.

Kesemua kes baharu yang direkodkan disahkan sebagai varian Delta.

Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan perintah sekatan dikuatkuasakan serta merta di seluruh negara susulan satu kes baharu.

Beliau menjelaskan sekatan tahap empat itu dilaksanakan sebelum semuanya terlambat.

Kali terakhir New Zealand melaporkan jangkitan tempatan Covid-19 adalah enam bulan lalu iaitu Februari dan sejak itu tidak merekodkan sebarang kes baharu .

Sekatan tersebut akan dikuat kuasakan sekurang-kurangnya tiga hari manakala

bandar terbesar seperti Auckland akan melalui perintah sekatan selama tujuh hari.

Related posts

Leave a Comment