Lebih 10.73 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 16 Ogos – Lebih 10.73 juta individu atau 45.9 peratus daripada populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam manakala lebih 17.07 juta atau 72.9 peratus sudah menerima suntikan pertama.

Berdasarkan data yang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sejumlah 415,875 dos suntikan harian diberikan semalam.

Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 71,724

diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (42,165), Johor (34,759), Sabah (23,351), Pulau Pinang (14,400) dan Perak (13,674).

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat semalam adalah lebih 27.81 juta.

Bagi jumlah populasi secara keseluruhan, 52.3 peratus (17.07 juta individu) sudah menerima satu dos suntikan dan 32.9 peratus (10.73 juta) sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Related posts

Leave a Comment