14,610 kes baharu Filipina

MANILA 16 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 14,610 kes jangkitan harian Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,755,846.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian terus meningkat kepada 30,366 apabila 27 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Pada masa yang sama, kes pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan berikutan 10,674 lagi dilaporkan sembuh dan boleh keluar dari hospital.

Jumlah kes sembuh kini 1,618,808 atau 92.2 peratus daripada keseluruhan kes manakala kes aktif pula sebanyak 106,672.

Related posts

Leave a Comment