21,157 kes di Thailand

BANGKOK 16 Ogos – Thailand melaporkan 182 kematian dan 21,157 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia meningkat kepada 7,734 orang dengan kumulatif 928,314.

Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 20,499 kes melibatkan orang awam termasuk enam kes import dan bakinya 658 orang dalam kalangan banduan.

Sehingga semalam, 20,984 orang dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala jumlah kes sembuh meningkat kepada 709,646 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 64 kematian dilaporkan di Bangkok manakala 40 lagi di wilayah berdekatan iaitu  Samut Prakan, Samut Sakhon, Nonthaburi, Pathum Thani dan Nakhon Pathom.

Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi iaitu 4,324 diikuti Samut Sakhon 1,869. Chonburi 1,223 dan Samut Prakan 1,147.

Enam kes import pula melibatkan lima orang yang pulang dari Kemboja dan seorang warga Israel dari Israel.

Related posts

Leave a Comment