DATA Johns Hopkins University menunjukkan lebih 4.608 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini, 14 Ogos.
China mendahului dengan lebih 1.83 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 529 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 353 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan Jepun, Jerman menghampiri jumlah tersebut manakala United Kingdom dan Perancis kini melebihi 80 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 79 juta, diikuti Malaysia dan Filipina mencatatkan lebih 26 juta dos, manakala Thailand lebih 22 juta dan Singapura dengan lebih 8.3 juta dos.
