10 juta lengkap dua dos vaksin

PUTRAJAYA 14 Ogos – Selangor bukan sahaja mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di negara ini tetapi juga mendahului senarai pemberi dos vaksin kedua tertinggi setakat semalam iaitu 92,782 dos.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 49,776, Sabah 31,147, Johor 25,912, Pulau Pinang 21,903 dan Perak 17,337.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, setakat semalam sebanyak 31.1 peratus atau 10,144,199 penduduk negara ini, sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 .

Pada masa yang sama, seramai 16,707,566 orang sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 26,851,765 dos.

Berdasarkan peratusan, 71.4 peratus daripada penduduk dewasa negara ini, sudah mendapat dos pertama manakala 43.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan.

Semalam, vaksinasi harian mencatatkan 462,860 dos diberikan dengan 162,182 adalah dos pertama manakala 300,678 adalah dos kedua.

Related posts

Leave a Comment