RM4 bilion setahun bagi kesinambungan JALB

SEPANG 2 Sept. – Sebanyak RM4 bilion setahun diperlukan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan projek Jalan Luar Bandar (JALB) yang sedang berjalan dan projek baharu yang telah diluluskan. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memaklumkan, peruntukan sekitar RM4 bilion setahun itu bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan projek JALB yang sedang berjalan dan projek baharu yang telah diluluskan. Kenyataan KKDW memaklumkan keperluan itu mengambil kira sifat projek pembangunan JALB yang dilaksanakan secara berperingkat, dengan sebahagiannya memerlukan tempoh beberapa tahun untuk disiapkan. Bagi tahun  2026, projek JALB menerima peruntukan RM2.107 bilion, dengan 415 projek…

Read More

RON97, RON95 turun 5 sen seliter

SEPANG  2 Sept. – Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan hargaruncit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi, masing-masing turun sebanyak 5 sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 September 2026. Menerusi satu kenyataan, MoF memaklumkan RON97 ditetapkan pada RM4.25 seliter berbanding RM4.30 seliter sebelum ini, RON95 turun kepada RM3.77 berbanding RM3.82 dan diesel tanpa subsidi kepada RM4.67 daripada RM4.72. Menurut MoF, penurunan itu mencerminkan harga minyak mentah dunia yang diniagakan pada paras lebih rendah bagi sebahagian besar tempoh pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) meskipun harga meningkat…

Read More

Notis ADUN PH pulangkan peruntukan

SEREMBAN 2 Sept. – Kerajaan Negeri Sembilan sudah menghantar notis kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) pentadbiran terdahulu petang semalam bagi menuntut bayaran balik peruntukan yang mereka terima, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 5 Jun lalu. Menteri Besar,  Ismail Lasim, berkata notis tuntutan berkenaan antara lain mengandungi jumlah yang perlu mereka bayar, berbeza bagi setiap wakil rakyat terbabit, dengan tempoh 30 hari diberi untuk memulangkan semula peruntukan berkenaan. “Pejabat Menteri Besar telah menghantar surat (notis) kepada semua ADUN terbabit, petang semalam. Mereka harus memulangkan…

Read More

Andalusia sumbang 20 pakej umrah asnaf

BANGI 2 Sept. – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd (Andalusia) menyumbangkan 20 pakej umrah kepada Masjid Al-Hasanah, tuan rumah Karnival Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) Bangi. Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin tampil mengumumkan sumbangan itu di pentas karnival Bandar Baru Bangi pada malam terakhir JIMBA yang berlangsung selama dua hari, 29 dan 30 Ogos lalu. Di samping pakej umrah yang dijadualkan bulan ini, Ibrahim juga akan menyerahkan RM100,000 kepada pihak masjid sebagai zakat wakalah, juga untuk diagihkan kepada asnaf yang layak…

Read More

Keadaan rakyat di Palestin meruncing

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran keadaan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel semakin meruncing ketika Program Makanan Sedunia (WFP) semakin kehabisan dana. Pengarah WFP bagi Palestin Shaun Hughes berkata bahawa mulai September, WFP hanya mampu menyediakan bantuan kepada separuh daripada jumlah penduduk yang memerlukan bantuan. Jumlah penduduk yang bergantung kepada bantuan WFP di rantau itu meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu. Keganasan berterusan oleh peneroka haram Israel, pelbagai operasi ketenteraan Israel, sekatan terhadap kebebasan bergerak, kemusnahan kediaman serta pemindahan penduduk semuanya menyumbang…

Read More

5,209 pendatang Israel ceroboh Al-Aqsa

RAMALLAH – Sepanjang Ogos lalu, seramai 5,209 pendatang Israel menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan jumlah harian tertinggi pada 13 Ogos apabila 751 penceroboh memasuki tapak berkenaan. Di samping itu, pasukan tentera Israel membunuh dua warga Palestin dan menahan 114 orang, termasuk lima kanak-kanak. Gabenor Baitulmuqaddis, dalam laporan bulanannya menyatakan bahawa Al-Aqsa menyaksikan pencerobohan berterusan malah semakin diperhebat malahan  pihak berkuasa Israel mengeluarkan lima perintah larangan terhadap warga Palestin daripada memasuki Al-Aqsa. Pendatang turut mengadakan upacara keagamaan Yahudi di dalam kompleks dan di sekeliling pintu gerbangnya…

Read More