104 kes Omicron di Thailand

BANGKOK 23 Dis. – Sebanyak 104 kes Omicron dikesan di Thailand ketika negara itu mengenakan semula kuarantin wajib antara tujuh hingga 10 hari kepada pelancong di bawah “Phuket Sandbox”, dalam usaha mengekang penularan varian itu.

Timbalan jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Sumanee Wacharasin berkata pesakit positif varian Omicron kini menerima rawatan di hospital.

“Sebahagian daripada mereka telah pulih daripada jangkitan itu,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini semalam .

Isnin lalu Thailand melaporkan penularan tempatan pertama kes Omicron melibatkan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang dijangkiti virus itu daripada suaminya warga Colombia yang pulang dari Nigeria pada akhir November.

Beliau berkata pada bulan ini sejumlah 4, 125 pengembara memasuki Thailand dan menjalani kuarantin antara tujuh hingga 14 hari.

Related posts

Leave a Comment