Kadar R-naught 1.07

PUTRAJAYA 9 Ogos – Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan, 1.07 berbanding 1.08 pada Sabtu.

Kelantan mencatat kadar tertinggi dengan 1.25 diikuti Terengganu 1.19, Sabah 1.17, Perak 1.15, Pulau Pinang 1.14,  Kedah 1.13, Johor 1.12 manakala Sarawak dan Pahang masing-masing 1.11.

Sementara itu, Putrajaya dan Negeri Sembilan mencatat kadar bawah purata kebangsaan dengan masing-masing merekodkan 1.06 diikuti Kuala Lumpur 1.05, Melaka 1.04 dan Selangor 1.02.

Perlis dan Labuan pula masing-masing mencatat enam dan dua kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment