Zaidi pertaruhkan gerak kerja

PERMATANG PAUH : Calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said mempertaruhkan gerak kerjanya selama ini untuk pengundi melakukan perubahan di kawasan itu.

Katanya, BN Permatang Pauh mengharapkan perubahan dalam landskap politik di kawasan itu dengan mencatatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 esok selepas 23 tahun di bawah penguasaan PKR.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh mengakui banyak pihak menyatakan agak sukar untuk BN dan PN memenangi kerusi ini akibat perpecahan pengundi Melayu yang ketara.

Menurut beliau, perpecahan pengundi yang menyokong PN dan Muafakat Nasional (MN) memberi laluan mudah kepada Pakatan Harapan (PH).

“Namun percayalah selepas 12 hari berkempen, perubahan dalam kalangan orang Melayu untuk menolak Harapan begitu tinggi. Angin perubahan melanda Permatang Pauh dengan cukup kuat,” katanya.

Mohd Zaidi yakin dan percaya rakan-rakannya dalam Pas dan PN akan mengundinya berdasarkan prestasi dan rekod kerja selama ini, ketika saat susah, sukar dan payah di mana beliau tidak pernah meninggalkan perjuangan rakyat Permatang Pauh.

“Saya bukan calon yang bertanding, menang dan hilang meninggalkan rakyat di kawasan , saya bukan calon yang bertanding dan kalah kemudian meninggalkan pengundi dan penyokong yang mengundi mereka pada PRU14 yang lalu,”katanya.

Beliau berharap pengundi tidak menjadikan pengundian PRU sebagai untuk mencuba untuk tempoh lima tahun.

Mengenai Pas, beliau menjelaskan BN Permatang Pauh sebenarnya sudah bersedia bekerjasama dengan Pas dalam menghadapi PRU15 dengan ‘vest’ untuk petugas terdapat warna hijau di belakang sebagai tanda muafakat.

Bagaimanapun hasrat kerjasama itu tidak tercapai walaupun terdapat persetujuan mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi

Related posts

Leave a Comment