China dahului dos vaksinasi

LEBIH 4.338 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China kekal mendahului dengan lebih 1.77 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan

diikuti India dengan 506 juta dos dan Amerika Syarikat lebih 350 juta dos.

Brazil mencatat jumlah melebihi 100 juta dos dengan Jepun menghampiri jumlah tersebut manakala Jerman melebihi 90 juta dan United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 74 juta, diikuti Malaysia lebih 24 juta, Filipina lebih 23 juta dos, manakala Thailand lebih 19 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.

Related posts

Leave a Comment