AS sedia pakej senjata AS$1.1 bilion

AMERIKA SYARIKAT (AS) sedang menyediakan pakej senjata bernilai AS$1.1 bilion bagi membantu Ukraine berdepan ancaman tentera Rusia di timur negara itu.

Menurut media antarabangsa pakej itu yang dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat mengandungi sistem pelancar HIMARS, peluru, pelbagai jenis sistem antidron dan radar, termasuk alat ganti, latihan dan bantuan teknikal.

Sehingga kini AS telah menyediakan bantuan ketenteraan bernilai AS$15 bilion kepada Ukraine.

Ketika ini AS sedang memantau secara dekat selepas laporan menyebut tentera proRusia telah menganjurkan referendum di beberapa wilayah Ukraine yang telah ditakluki.

Presiden AS Joe Biden menyelar referendum itu, dan berikrar AS tidak akan mengiktiraf keputusan tersebut dan bersedia mengumumkan sekatan ekonomi terbaharu  sekiranya Moscow mengambil alih wilayah tersebut selepas keputusan referendum itu diumumkan.

Related posts

Leave a Comment