KUALA LUMPUR 25 April – Sekretariat Tangkap Azam Baki memberi tempoh 60 hari kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait isu mafia korporat dan reformasi dalam pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam kenyataan hari ini, sekretariat itu mahu RCI diketuai oleh tokoh yang terkemuka seperti bekas Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat atau tokoh lain yang setaraf dan dihormati bagi menyiasat isu mafia korporat. Suruhanjaya ini juga hendaklah bebas sepenuhnya daripada keahlian menteri, penjawat awam dan Peguam Negara. Selain itu,…
Read MoreDay: April 25, 2026
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi ganti Azam
PUTRAJAYA 25 April – Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini. Pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694). Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini memaklumkan, cadangan pelantikan itu dipersembahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong semalam. Menurutnya, kerajaan yakin Abdul Halim yang mempunyai pengalaman luas serta integriti tinggi mampu memperkukuh tadbir…
Read MoreBerita pilihan…
Menteri Luar Iran tiba di Pakistan
ISLAMABAD – Delegasi Iran diketuai Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, tiba di ibu negara Pakistan, Islamabad, pada Jumaat bagi membincangkan cadangan untuk menyambung semula rundingan damai dengan Amerika Syarikat (AS). Pakistan mengesahkan ketibaan delegasi Iran sambil berkata, Araqchi akan bertemu pegawai kanan Pakistan bagi membincangkan usaha damai berkenaan. Jurucakap White House, Karoline Leavitt pula memaklumkan, Utusan Khas Presiden Donald Trump iaitu Steve Witkoff dan Jared Kushner akan bertolak ke Pakistan pada pagi Sabtu untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Iran itu Sementara itu, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani,…
Read MoreIndonesia tidak cadang tol Selat Melaka
JAKARTA – Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa menjelaskan bahawa Indonesia tidak bercadang mengenakan tol ke atas kapal yang berlayar melalui Selat Melaka. Beliau mengulangi penjelasan yang dibuat oleh Menteri Luar Indonesia pada Khamis bahawa ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu tidak akan mengenakan sebarang tarif di Selat Melaka. Bercakap pada sidang media, beliau menegaskan bahawa Indonesia akan mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), yang menggariskan peraturan penggunaan laluan perairan bagi pelayaran antarabangsa. Rabu lalu, Purbaya mencetuskan perdebatan apabila secara terbuka mengemukakan kemungkinan mana-mana negara mengenakan bayaran tol…
Read More