Hampir 15 juta terima dos pertama

PUTRAJAYA 5 Ogos – Hampir 15 juta penduduk negara ini sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Daripada jumlah itu,  dalam tempoh sama, lebih 7.7 juta penduduk telah melengkapkan dua dos vaksin.

Semalam, sebanyak 494,214 dos diberikan yang meliputi 230,053 dos pertama dan 264,161 dos kedua.

Dengan ini ia menjadikan angka keseluruhan melebihi 22.6 juta dos setakat ini.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua tertinggi semalam ialah Selangor dengan 109,957 orang, diikuti Kuala Lumpur (53,637), Johor (49,403), Sabah (40,962) dan Kelantan (32,026).

Menurutnya, 72 peratus daripada penduduk Lembah Klang sudah divaksinasi dos pertama dengan 31.8 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment