Kematian ke-39 di Singapura

SINGAPURA 5 Ogos – Seorang wanita tempatan berusia 58 tahun meninggal dunia pada Isnin lalu (2 Ogos), kematian ke-39 akibat komplikasi Covid-19.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan, wanita yang dikenali sebagai Kes 66894, itu belum divaksinasi dan tidak menghidap penyakit lain.

Beliau adalah kontak isi rumah kes positif yang mengunjungi restoran Samy’s Curry, dan disahkan menghidap jangkitan itu pada 29 Julai.

Kelompok di restoran Samy’s Curry di Dempsey dikenal pasti pada 24 Julai dan mempunyai 55 kes jangkitan.

MoH juga memaklumkan sehingga semalam, 555 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital, dengan kebanyakannya dalam keadaan baik dan dalam pemerhatian.

Tujuh kes  kritikal di unit rawatan rapi (ICU), dan 42 kes memerlukan bantuan oksigen.

Sementara itu, sebanyak 64 peratus penduduk Singapura divaksinasi sepenuhnya di bawah program vaksinasi nasional setakat 3 Ogos lalu.

Kira-kira 77 peratus penduduk pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. Pada masa sama,  113,767 dos vaksin Sinovac telah diberi kepada 76,571 orang.

Related posts

Leave a Comment