Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 17 Mac – Thailand merekodkan satu lagi kematian akibat Covid-19 dan merekodkan 248 kes jangkitan baharu yang menjadikan 88 orang meninggal dunia manakala jumlah kes meningkat kepada 27,402.

Jumlah kes hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 149 yang dilaporkan semalam.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Apisamai Srirangson, memberitahu, 242 adalah kes tempatan manakala enam kes import.

Katanya, 163 kes dikesan dalam masyarakat dan 79 di hospital.

Bangkok merekodkan 167 kes baharu, Samut Sakhon 33 kes, 42 kes lagi dari wilayah   lain iaitu 13 di Nakhon Pathom diikuti Tak (9), Ratchaburi (5), tiga kes masing-masing di Phetchaburi, Suphan Buri dan Samut Prakan, dua di Nonthaburi dan Songkhla dan masing-masing satu di Pathum Thani dan Si Sa Ket.

Enam kes import yang dikuarantin selepas ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu (3), serta Nigeria, Indonesia dan United Kingdom.

Daripada 27,402 kes jangkitan, sebanyak 26,339 atau 96.12% dilaporkan sembuh termasuk 40 yang sembuh hari ini manakala 975 kes masih di hospital.

Related posts

Leave a Comment