11 juta di Wuhan disaring

SEBELAS juta penduduk akan menjalani saringan Covid-19 selepas pihak berkuasa di Wuhan mengesan jangkitan tempatan pertama selepas lebih setahun di bandar yang dikatakan pencetus kemunculan virus Covid-19 itu.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan pada Isnin, tujuh jangkitan tempatan dikesan dalam kalangan pekerja asing di bandar itu, sekali gus merupakan rekod baharu sepanjang tahun tanpa kes domestik.

Berikutan itu, sebahagian zon industri dan teknologi ditutup.

Kes di Wuhan ini mirip jangkitan di bandar-bandar berdekatan seperti Jingzhou dan Huanggang sejak Sabtu.

Jangkitan itu didakwa berpunca dari wilayah Nanjing pada akhir Julai.

Ia berkemungkinan besar varian Delta yang dikatakan berpunca daripada penerbangan dari Rusia.

China melaksanakan kawalan pergerakan dan melancarkan ujian besar-besaran beberapa hari kebelakangan ini. Semalam, Selasa, sebanyak 61 kes tempatan dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment